Thursday, 18 July 2013

Akhlak Nabi adalah Al-Quran

وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيم
“Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam, 68: 04)
Seterusnya Allah menyuruh pula agar kita meneladani akhlak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kebaikan di) hari akhir (kiamat), dan dia banyak mengingat Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)
Di antara tujuan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diutuskan adalah bagi menyempurnakan akhlak yang soleh, dan ini adalah sebagaimana sabdanya:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ صَالِحَ الأَخْلاَقِ
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh.” (Al-Bukhari, al-Aadabul Mufrad, no. 208. Syu’abul Iman, no. 7609)

Jiwa Rasulullah SAW merangkum banyak akhlak mulia, seperti sifat malu, mulia, berani, menetapi janji, ringan tangan, cerdas, ramah, sabar, memuliakan anak yatim, berperangai baik, jujur, pandai menjaga diri, senang menyucikan diri, dan berjiwa bersih.
Ketinggian dan kemuliaan akhlak Baginda S.A.W telah diakui oleh para sahabat, yang merupakan kawan malah diakui juga oleh musuh dan lawannya. Begitu banyak peristiwa-peristiwa yang mana disebutkan di dalam riwayat hidupnya. Apatah lagi bilamana Allah meyakinkan dan menegaskan di dalam firman-Nya yang bermaksud :
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) berada di atas akhlak yang sangat agung (mulia)"
( surah al-Qalam : 4 )
Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab, "Akhlak Nabi SAW adalah Alquran." (HR Muslim).
Sungguh, jawaban Aisyah ini singkat, namun sarat makna. Ia menyifati Rasulullah SAW dengan satu sifat yang dapat mewakili seluruh sifat yang ada. Memang tepat, akhlak Nabi SAW adalah Alquran.
Allah SWT berfirman, "...Alquran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus..." (QS. Al-Israa': 9).
"(Yang) memberi petunjuk kepada (jalan) yang paling lurus..." (QS. Al-Jinn: 2).
Akhlak beliau adalah Alquran; kitab suci umat yang disifati dengan firman Allah, "...tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertakwa." (QS. Al-Baqarah: 2).
Pada masa permulaan dakwah Islam, Nabi Muhammad SAW tidak hanya membangun sisi tauhid, tetapi juga membangun sendi dan pilar akhlak mulia. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sungguh, aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia." (HR. Baihaqi dan Al-Hakim).
Anas RA berkata, "Sungguh, Rasulullah SAW benar-benar manusia dengan akhlak paling mulia". (HR Bukhari-Muslim).
Anas juga berkata, "Selama sepuluh tahun aku berkhidmat kepada beliau (Rasulullah), aku tidak pernah mendengar beliau mengucapkan kata "Ah", sebagaimana beliau tidak pernah mempertanyakan apa yang kau kerjakan, 'Kenapa kamu mengerjakan ini? atau 'Bukankah seharusnya kamu mengerjakan seperti ini?" (HR Bukhari-Muslim).
BIODATA RASULULLAH SAW
§  Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
§  Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali
sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang
kota Kaabah)
§  Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
§  Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
§  Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
§  Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa Rasulullah (SAW)
§  Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
§  Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
 
USIA 5 TAHUN
•Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
 USIA 6 TAHUN
•Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah)
•Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib
 USIA 8 TAHUN
•Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia
•Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
•Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan
•Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu
USIA 20 TAHUN
•Terlibat dalam peperangan Fijar
•Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja
•Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ : perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah
USIA 25 TAHUN
•Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah
•Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah, lelaki suruhan Khadijah
 
•Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu
•Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham
 
USIA 35 TAHUN
•Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah
•Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah
•Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut
 
USIA 40 TAHUN
•Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman
USIA 53 TAHUN
•Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq
•Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M
USIA 63 TAHUN
•Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
•Khadijah Binti Khuwailid
•Saudah Binti Zam’ah
•Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
•Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)
•Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
•Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
 
•Zainab Binti Jahsy
 
•Maimunah Binti Harith
 
•Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
 
•Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin' ; Ibu Orang Miskin)
 
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1.Qasim
2.Abdullah
3.Ibrahim
4.Zainab
5.Ruqaiyah
6.Ummi Kalthum
7.Fatimah Al-Zahra
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
•Thuwaibah
•Hamzah
•Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1.Halimah Al-Saidiyyah
2.Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
3.Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
4.Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
5.Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
 
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1.Al-Harith
2.Muqawwam
3.Zubair
4.Hamzah ***
5.Al-Abbas ***
6.Abu Talib
7.Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8.Abdul Ka'bah
9.Hijl
10.Dhirar
11.Umaimah
12.Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.Atiqah ##
14.Arwa ##
15.Umaimah
16.Barrah
17.Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
 
 
***Sempat masuk Islam.
##Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
 
Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

No comments:

Post a Comment