Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka ...yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. (HR.Tarmizi)
Huraiannya
Dalam hadis ini, Rasulullah ada mengingatkan mengenai kawan yang baik yang perlu dicari dan dipilih untuk menjadi panduan dan ikutan. Iaitu mereka yang dapat menjadi contoh teladan dalam semua bidang kehidupan. Dan bila kita berkawan atau mendekatinya dia akan memberi keuntungan sama ada dalam kehidupan dunia atau akhirat. Dia dapat menambahkan ingatan kita kepada Allah ilmu juga akan bertambah di samping dapat menambah semangat jitu untuk beramal dan berbekal untuk hari akhirat.
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata kawan boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah memilih kawan kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Kawan ibarat magnet, boleh mempengaruhi atau dipengaruhi. Jika kita berkawan dengan orang yang suka mengumpat kita juga akan jadi pengumpat. Jika kawan kita suka berbohong, kita juga akan selalu berbohong dan menjadi pembohong. Jika dia suka buat maksiat, kita juga akan buat maksiat yang sama. Untuk mengelakkan daripada dipengaruhi oleh rakan-rakan negetive ini, maka kita haruslah meningkatkan kekuatan dalaman diri dengan amalan-amalan rohani seperti sentiasa membaca al-Quran, sentiasa berzikir, Qiamulail dan berdoa. Apabila amalan rohani menjadi mantap, maka kekuatan dalaman yang positive ini akan menolak perkara-perkara negative dan mampu menarik rakan-rakan negative menjadi orang yang positive.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
◾Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
◾Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
◾Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
◾Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
◾Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
◾Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
◾Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
◾Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
◾Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
◾Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
◾Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
◾Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
◾Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
◾Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja kawan seperti dibawah:
Kawan yang tamak:
Dia sangat tamak, dia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan dia hanya mementingkan diri sendiri.
Kawan hipokrit:
Dia menyatakan berkawan berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
Kawan Munafik:
Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)
Suka bercerita bohong untuk membuatkan orang lain tertawa dan sering menipu untuk menunjukkan kehebatan dirinya. Jika bersalah mereka akan berbohong untuk menutup kesalahannya. Mereka juga suka memungkiri janji, dan jika diberikan satu amanah untuk dipegang dia berkhianat, menganiaya, memperdaya, melanggar atau mengambil hak orang lain.
Kawan Kianat:
Ada pun khianat terhadap Allah dan Rasul menurut ibnu Abbas ialah meninggalkan apa yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul. Kewajipan solat 5 waktu tak ditunaikan, Puasa Ramadan ditinggalkan dan zakat tidak dilaksanakan.
Kawan pengampu:
Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu dia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
Kawan pengumpat, pengeji, pengaib, bermuka muka:
Apabila kamu menceritakan perihal seseorang, dia pantas menyimbah minyak, memarakkan kemarahan atau menambahkan lagi lawak jenaka, menambah cerita untuk sama-sama bergabung menceritakan keaiban dan kelemahan orang itu. Didepan kita sentiasa bercakap yang baik-baik tetapi dibelakang, kita dikutuk, diumpat dan dikeji
Kawan pemboros dan suka hiburan:
Dia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah ketika memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Jika kita berkawan dengan pengumpat, kita juga akan mengumpat. Jika kita berkawan dengan pembohong, kita juga akan suka berbohong. Jika kita berkawan dengan ahli maksiat, kita kuga akhirnya akan terjerumus melakukan perkara maksiat. Maka pilihlah kawan kerana AGAMANYA kamu pasti selamat di dunia & di akhirat.
Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.
Kesimpulannya
Dalam memilih kawan janganlah tersilap orangnya nanti kita sendiri akan rugi dan kecewa. Oleh itu carilah kawan yang baik dan dapat membantu kita dan memberi semangat untuk beramal. Carilah Sahabat akhirat.
KAWAN; orang yang tidak terlalu rapat dengan kita mungkin ada ketika gembira tetapi ketika susah dia tak dapat berkongsi sama2 dengan kita
TEMAN; orang yang dapat menemani kita kemana saja kita berada. Mungkin boleh dijadikan orang paling rapat, contohnya suami.
SAHABAT; orang yang bersama kita ketika kita susah dan senang. Boleh berkongsi rahsia dengan kita. Orang yang sentiasa menasihati kita ketika kita berbuat dosa dan maksiat, sentiasa mengingati kita bila berjauhan.
dan Orang yang mengingatkan kita kepada Allah dan hari Akhirat.
Jika kita sudah berumahtangga, jadilah TEMAN & SAHABAT kepada pasangan kita, pasti rumahtangga akan jadi sempurna dan bahagia.
Sahabat yang baik akan sentiasa menasihati rakan mereka, walaupun kata-kata itu sukar untuk diluahkan kerana hendak menjaga hati & perasaan, namun nasihat tetap diberikan untuk kesempurnaan akhlak mereka. Nasihat itu Ibarat Ubat, pahit di mulut tetapi menjadi penyembuh kepada penyakit batin dengan iizin Allah. Nasihatlah kawan kita kerana Allah. Beri nasihat kerana kita sayang padanya, dan tak mahu dia terjerumus kedalam Neraka. Nauzubillah. Jika telah berulang kali diberi nasihat namun dia masih berdegil dan masih kekal dengan perangai dan sikapnya itu, maka tinggalkan dia, carilah Sahabat yang lain. Kerana jika kita tetap bersamanya, daki dosa dan maksiatnya itu bakal melekat pada kita.
Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda: (Maksudnya)"Agama itu nasihat. Kami bertanya:'untuk siapa?' Baginda menjawab, Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum Muslimin dan bagi manusia umumnya"
(Riwayat Ahmad,Muslim,Abu Daud )
Marilah kita sama-sama menjadi sahabat Akhirat, Sahabat yang sentiasa berikan kasih sayang, ingat mengingati, nasihat menasihati kepada perkara kebaikan dan mencegah pada perkara yang mungkar. Jadilah sahabat soleh yang akan menarik dan membawa rakan kita yang lain kepada kejayaan hidup di dunia dan di akhirat dan akhirnya menjadi penghuni tetap di Syurga Firdaus. Ameen Ya Rabbal Alamin.

No comments:
Post a Comment