Wednesday, 17 July 2013

The Moon has split into two based on the Al Quran, the sunnah & science


Firman Allah:"Telah hampirnya Qiamat dan telah berlakunya bulan terbelah.
(1:al_Qamar)


Orang2 di Mekkah telah minta kepada Rasulullah s.a.w supaya memperlihatkan kpd mereka satu tanda kenabian. Maka baginda memperlihatkan mereka terbelahnya bulan. Maka Rasulullah s.a.w bersabda "Saksikanlah"(Hr Bukhari)

 
Bulan terbelah pada zaman Rasulullah s.a.w menjadi dua. Satu sebelah arah satu gunung dan satu lagi diarah gunung yg lain. Penduduk Mekah berkata "Muhammad telah menyihir kita." Org yg lain berkata "Sekiranya dia dapat menyihir kita tetapi dia tidak dapat menyihir manusia keseluruhannya."(Hr Imam Ahmad)
 
Dalam rancangan Dialog secara live di siaran TV BBC diantra pengacara Britain terkenal James berg dgn 3 ilmuan angkasa amerika. James telah mencela terhadap pemborosan yg melampau kerana sebanyak 100juta dolar telah dibelanjakan pd tahun 1969 ketika perjalanan manusia pertama yg sampai ke bulan (neil amstrong); sedangkan banyak bangsa dan kanak2 yg mengalami kefaqiran, kelaparan dan kesakitan.
 
Para ilmuan angkasa tadi menjawab bahawa tujuan perjalanan ke bulan adalah bertujuan utk membuat kajian sains terhadap bulan. Sesungguhnya mereka telah mendapat hasil kajian sains yg hebat dan amat menakjubkan. Kalaulah berkali ganda drpd wang tersebut dibelanjaan spya manusia percaya dgn perkara tersebut; nescaya mereka tidak percaya (tanpa adenya penemuan tersebut)
 
Penemuan sains tersebut adalah bahawa bulan telah terbelah sejak zaman dahulu kepada dua bahagian kemudian bercantum semula. Buktinya adalah penemuan terhadap rekahan batu yg bengkang bengkok serta panjang. Rekahan wujud di permukaan bulan dan tembus ke dalamnya. Telah diletakkan alat pengesan gempa bumi di rekahan tersebut utk memastikan perkara tersebut.
 
Rekahan batu ini dalamnya beberape kilometer. Lebarnya diantara 500m hingga 5000 m dan panjangnya rekahan ini 250 km dlm keadaan garis lurus dan bengkang bengkok. Ia bermula dr kutub selatan bulan dr sudut yg tidak dilihat dr bumi. Prgram tv ini telah dilihat oleh Daud Musa bedcock sehingga beliau masuk Islam dan menjadi presiden parti Islam Britain.
 
rujukan: Mausu'ah I'jazul Quran oleh Dr Nadia Toyyarah.


Posted by Ustaz Salman

No comments:

Post a Comment