Tengok pada
tajuk entri ini, pasti boleh je nak jawab sendiri, kan? Kalau ikut logiknya,
dengan bersahur, ia akan memberi kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian
sepanjang kita berpuasa siang hari esoknya. Benar, jawapan ini memang rasional
dan boleh diterima dek aqal waras kita.
Tapi
pernahkah kita terfikir, apakah “sebab sebenar” kenapa kita perlu bersahur? Ada
apa dengan bersahur? Ada kaitan dengan agama ke? Kalau tak bangun sahur, tak pe
ke?
Kalau
dilihat dari sudut agama, orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab) juga berpuasa.
Tetapi cara mereka berpuasa sedikit berbeza dengan ibadah puasa yang dikerjakan
oleh kita ummat Islam. Apa perbezaannya?
Tak lain tak
bukan, perbezaanya adalah dengan adanya makan sahur. Puasa mereka tanpa
disertakan dengan makan sahur, manakala dalam Islam, kita hendaklah bangun
bersahur. Sesungguhnya amalan bangun sahur inilah yang membezakan antara puasa
orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut
dalam sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud:
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)
ialah adanya makan sahur.”
# GALAKAN
UNTUK BERSAHUR
Sahur
maerupakan satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas ummat Islam.
Anjuran bersahur ini dapat dilihat dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur,
sekalipun dengan seteguk air” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Hadis ini
menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa, walaupun hanya
dengan seteguk air.
Dalam hadis
lain, Rasulullah SAW juga ada menyebut tentang kelebihan buat orang yang
bersahur, (maksudnya): “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mengucapkan selawat
(berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang
yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
# SUNAT
MELEWATKAN SAHUR
Kita bukan
sahaja disunatkan untuk bangun makan sahur, tapi kita juga disunatkan untuk
melambatkan waktu bersahur, kerana itulah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW dan para sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang
bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka
puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”
Melewatkan
sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh). Berkaitan perkara
ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama Nabi,
kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Zaid ditanya: “Berapa lama
masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata
Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam kitab
Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadith yang
menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur
semuanya bertaraf sahih dan mutawatir. Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan
tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu
bersarapan pagi.
#
KEPENTINGAN SARAPAN PAGI
Kajian
menunjukkan makanan paling utama dlm masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News
pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan
seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark
Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yg tidak
bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap
kencing manis. Kajian sama juga menunjukkan, mereka yg sentiasa bersarapan pagi
menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan
kadar gula dalam darah berbanding yg jarang bersarapan pagi.
Hal ini
menjadi lebih penting kpd kanak-kanak yg berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak
meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yg
kecil. Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dlm darah menurun selepas
bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi,
kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan pd pelajaran. Tambahan
daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor
dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yg tidak
bersarapan pagi menanggung risiko 2x ganda mengalami kekurangan zat besi dlm
darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan
kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari
Chicago Tribune pada 24 September 2001.
Justeru,
secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan
mendapat kemudharatan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih
daripada itu, bersahur juga dikira sebagai suatu ibadah kerana ia merupakan
sunnah, dan waktu bersahur juga merupakan masa yang dipenuhi keberkatan.
“Katakanlah,
mahukah Aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu?
Bagi mereka yang bertaqwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di
bawahnya sungai2. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri2 yang
suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba2-Nya.
(Iaitu)orang yg berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka
ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka.
(Merekalah)orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya
di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Ali Imran: 15 - 17)
Credit:http://kongsibersama07.blogspot.com
No comments:
Post a Comment