Kita selalu
berzikir dengan menyebut zikir secara berturutan seperti berikut: Subhanallah,
Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim.
Tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengkaji apakah maksud zikir-zikir tersebut. Saya rasa dari segi bahasa hampir semua dari kita tahu maksudnya. Cuma dari segi huraian maksud setiap zikir tersebut tidak ramai yang tahu. Pada artikel kali ini saya akan menerangkan huraian maksud zikir tersebut.
2. Alhamdulillah
3. Lailahaillah
4. Allahu Akbar
5. Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim
Hadis 1
Hadis 2
Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).
Keterangan
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.
Tetapi berapa ramaikah dari kita yang mengkaji apakah maksud zikir-zikir tersebut. Saya rasa dari segi bahasa hampir semua dari kita tahu maksudnya. Cuma dari segi huraian maksud setiap zikir tersebut tidak ramai yang tahu. Pada artikel kali ini saya akan menerangkan huraian maksud zikir tersebut.
1.
Subhanallah
Subhanallah
dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah. Huraiannya ialah kita meyakini
bahawa Allah itu Maha Bersih dan Maha Suci. Allah tidak melakukan kesilapan dan
segala tindakanNya sentiasa betul. Saya bagi contoh. Di dalam dunia ini, ada
manusia yang Allah pilih untuk beri hidayah dan ada manusia yang Allah pilih
untuk tidak memberi hidayah. Ketahuilah bahwa Allah SWT itu langsung tidak
memilih kasih. Sesiapa yang diberikan hidayah oleh Allah memang layak menerima
hidayah itu berdasarkan usaha dan takdirnya manakala sesiapa yang tidak
diberikan hidayah oleh Allah SWT, dia memang tidak layak menerima hidayah
tersebut berdasarkan usaha dan takdirnya juga.
Allah SWT
langsung tidak serupa dengan manusia yang suka pilih kasih apabila memberi
sesuatu. Contohnya bos yang asyik pilih kasih apabila memberi markah cemerlang
dan pangkat walaupun mungkin ada orang lain yang sama/lebih layak untuk
menerima markah cemerlang dan pangkat tersebut. Contoh yang lain apabila
seseorang lelaki itu berkahwin empat. Adalah mustahil untuk dia menyintai
keempat-empat isterinya dengan sama rata. Soal hati itu tidak dikira berdosa
kerana itu sifat semulajadi manusia. Yang penting dia mestilah berlaku adil
terhadap isteri-isterinya dengan memberikan hak mereka seperti nafkah zahir dan
batin, giliran yang bersesuaian dsb.
2. Alhamdulillah
Alhamdulillah
dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah. Dari segi huraian
maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Apabila ada orang
yang memuji kita samaada hebat, hensem atau kaya, kembalikanlah pujian tersebut
kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Janganlah kita merasa hebat
dengan apa yang kita miliki samaada ilmu, pangkat, harta dsb kerana semuanya
adalah kurniaan dari Allah. Ada orang yang merasa dia hebat kerana berjaya
menjawat pangkat yang tinggi dalam syarikat. Siapakah yang telah memberikannya
otak dan kepandaian sehingga dia layak menjawat jawatan tersebut? jawapannya
ialah Allah. Sebenarnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah. Di
akhirat nanti, kita akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita buat dengan
nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ucapkanlah Alhamdulillah
juga untuk bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada
kita.
Ucapan
ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas nescaya akan dibalas dengan Rahmat
dariNya dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya Insya' Allah akan bertambah
nikmatnya
3. Lailahaillah
Maksud
Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dari segi
huraian maksudnya kita hanya patut menyembah Allah semata-mata dan bukannya
benda-benda lain di dunia ini. Kalau zaman dulu, masyarakat jahiliah menyembah
berhala. Tapi zaman sekarang ini ada manusia yang bertuhankan benda seperti
wang, wanita, pangkat, manusia dsb. Maksud bertuhankan benda ini ialah sanggup
melakukan apa sahaja tidak kira halal atau haram untuk mendapatkan benda
tersebut. Wang, wanita, pangkat dan lain-lain tidak salah untuk dimiliki tetapi
perlu dimiliki dengan cara halal seperti bekerja, berkahwin dan jujur. Bukan
dengan cara haram seperti menipu, mencuri, makan rasuah, berzina dsb. Ada orang
yang sanggup bekerja dengan kuat tanpa menghiraukan solat 5 waktu kepada Allah
SWT. Bukankah seolah-oleh dia telah bertuhankan wang dengan mengabaikan Allah
SWT? Bukankah dia seolah-olah telah syirik kepada Allah SWT? berhati-hatilah
dengan syirik kerana syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampunkan oleh
Allah SWT kecuali dengan bertaubat Nasuha iaitu taubat yang bersungguh-sungguh
dan tidak mengulangi lagi dosa tersebut.
4. Allahu Akbar
Dari segi
bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar. Huraian bagi maksud Allahu
Akbar ialah Allah itu Maha Besar dan Hebat. Dia boleh berbuat apa sahaja yang
dia kehendaki dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan segala tindakanNya itu.
Tiada siapapun yang layak menyoal Allah tentang segala tindakan dan
keputusanNya bahkan makhluklah yang akan disoal oleh Allah SWT di akhirat nanti
tentang apa yang mereka kerjakan.
Allah
berfirman: Dia (Allah) tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang
merekalah yang akan ditanya kelak. (Al-Anbiya' 21:23)
Sesungguhnya
ilmu Allah itu Maha luas. Sekiranya dibuat perbandingan ilmu Allah dengan ilmu
makhluk itu, ilmu Allah itu seumpama satu lautan yang luas sedangkan ilmu
makhluk itu seumpama setitis air dari lautan tersebut, bahkan lebih sedikit
dari itu. Jadi layakkah kita mempertikaikan keputusan Allah terhadap kita
dengan ilmu kita yang sedikit ini? Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali
membesarkan benda lain selain dari Allah SWT. Kesemua kita adalah hamba Allah
yang tertakluk kepada hukum syariat yang telah ditetapkanNya. kita mestilah
mengikut segala hukum syariat Allah untuk membesar dan mengagungkanNya.
5. Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim
Maksud
Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim ialah tiada daya dan kekuatan
melainkan dengan izin Allah. Dari segi huraian maksudnya kita hendaklah takut
hanya kepada Allah dan bukan kepada makhluk kerana makhluk itu langsung tiada
kuasa. Kekuasaan makhluk itu hanya sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT.
Janganlah takut dengan hantu, orang yang berpangkat besar, orang kafir, orang
munafik, orang jahat dsb. Takutlah hanya kepada Allah SWT. Sesiapa yang takut
kepada Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya kerana tidak kira siapa
sahaja langsung tiada kuasa untuk menyakiti diri anda kecuali diizinkan oleh
Allah SWT.
Akhir kata,
di antara fadhilat berzikir dengan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah,
Allahuakbar dan Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim adalah seperti 3
hadis berikut:
Hadis 1
Ketika Siti
Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w. merayukan halnya kepada baginda
dengan berkata:
"Ya
Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi
kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan
rumah-tangga ku." Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda
"Hendaklah
kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan
ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari.
Lantas
baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini lebih baik bagimu daripada
khadam yang kau mintakan itu."
Hadis 2
Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).
Keterangan
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.
Hadis 3
Riwayat
Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali
selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan
bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan
mengucapkan Lailaha Illah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu
Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak
buih di lautan.
No comments:
Post a Comment